22 October 2023

GOSIP DENGAN FIZA HALIM - INI JAWAB ENGKU EMRAN



"Kalau nak tahu cerita, kawan saya daripada Terengganu kahwin dengan orang dari Czechoslovakia, jadi anak dia kacukanlah.
"Bulan puasa mereka datang ke Malaysia, saya jamu dia buka puasa di rumah saya, kebetulan isteri dia tak ada hanya ada dua anak dia sahaja.

"Saya ambil gambar dengan anak dia dua orang tapi ada komen mengatakan yang Engku Emran dating dengan sekian-sekian.

"Daripada situ orang buat cerita, masyarakat kita ini macam mana? Dengan komen itu boleh jadi fitnah,"

Klik untuk gambar besar
Demikian jelas ahli perniagaan, Engku Emran menerusi temu bual bersama radio Zayan, dimana dia menafikan tuduhan menjalin hubungan bersama pelakon Fiza Halim serta menegaskan berita berkenaan adalah fitnah.

Sebelum ini, hangat diperkatakan menerusi perkongsian di TikTok yang mendakwa Engku Emran menjalin hubungan bersama Fiza Halim selepas video tular memaparkannya bersama dua remaja yang didakwa anak kepada pelakon itu.
Dalam pada itu, Engku Emran atau nama penuhnya Engku Emran Engku Zainal Abidin, turut memberitahu gosip tersebut telah memberi kesan kepada Allahyarham ibunya, Salmah Abu Bakar.

"Masa itu arwah ibu saya masih hidup, dia mesej saya tanya apa lagi ini Emran? Saya boleh terima perkara ini tapi mak ayah kita, anak kita. Anak saya sudah 14 tahun sudah boleh membaca. Jadi tak sedap lah," katanya.

Terdahulu, rumah tangga ketiga Engku Emran bersama kakak kepada selebriti popular Noor Neelofa iaitu Noor Nabila telah pun berakhir apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 25 September lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: