03 October 2023

KAK KM : "JANGAN MAIN-MAIN DENGAN SAYA... KALAU AWAK BERANI KENA SONDOL, KAKI SAYA SAIZ 11"



"Bila ada isu sebegini, tidak boleh salahkan penyondol semata-mata sebab yang disondol pun silap kerana melayan.
"Kalau suami saya kena sondol, saya akan lebih marahkan dia berbanding wanita tersebut sebab melayan. Jangan main-main dengan saya.

"Saya hanya 'sound' sebagai peringatan supaya dia tidak terlalu selesa dengan kehidupan sekarang. Apabila ada isu berkaitan penyondol, saya tunjuk kepada dia.

Klik untuk gambar besar
"Kalau awak berani kena sondol, kaki saya saiz 11," itulah kata usahawan jamu sensasi, Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM yang memberitahu, dia hanya mampu mengingatkan suaminya, Razman Ramli serta berseloroh memberi 'amaran' kepada suaminya jika mahu berpoligami.

Bukan semua wanita boleh berkongsikan suami dengan wanita lain termasuk Kak KM dimana dia turut berkata, perkara itu tidak akan berlaku jika individu yang disondol tidak melayan dan dia tidak hanya menyalahkan penyondol sahaja.
Dalam pada itu, anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri itu tetap dengan pendiriannya menolak untuk hidup bermadu, meskipun ada yang mengaitkan poligami dengan payung emas.

"Orang kata kalau poligami dapat payung emas tetapi jika beri saya, memang siaplah kau. Kaki saya akan pergi dahulu, tak payah benda-benda lain. Kaki saiz 11, berani?" ujar ibu kepada empat cahaya mata itu.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: