"Jarang rasa nak buat tetapi ini sangat melampau. Saya memang akan ambil tindakan terhadap awak, tunggu surat saman saya sampai. Sementara itu, tunggu juga saman berganda daripada saya dan pasukan Berry Shape."
Demikian tulis bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menerusi perkongsian di Insta Story miliknya, dimana dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang memfitnahnya sengaja menggugurkan kandungan sebelum ini.
Sementara itu, pihak produk berkenaan turut memuat naik semula Insta Story Shuhada serta memaklumkan, pihak mereka akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang memfitnah Shuhada serta jenama mereka.
Pada April lalu, Shuhada telah berkongsikan berita duka dimana dia mengalami keguguran cahaya mata ketiga ketika usia kandungan berusia 14 minggu.
Klik untuk gambar besar
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment