03 October 2023

ISTERI YONNYBOII : "SELAGI MAK & SUAMI SAYA BENARKAN UNTUK PAKAI APA SAHAJA, ANDA TAK ADA HAK TEGUR"



Nama isteri kepada penyanyi rap, Yonnyboii iaitu Nik Nazira sebelum ini menjadi perhatian ramai apabila mengambil keputusan tidak lagi bertudung pada awal tahun lalu.
Bukan itu sahaja, malah, penampilan Nazira juga turut menjadi bualan selepas tidak lagi mengenang tudung.

Terbaru, perkongsian Nazira di Insta Story menjadi perhatian apabila isteri Yonnyboii itu seolah memberi pesanan kepada mereka diluar sana tiada hak untuk menegur mengenai cara pemakaiannya.

Klik untuk gambar besar
"Selagi mak dan suami saya benarkan untuk pakai apa sahaja yang saya mahu, anda tak ada hak untuk menegur atau memberikan komen terhadap apa yang saya pakai," tulisnya.

Terdahulu, Nazira tampil menafikan dakwaan dia mengalami kejutan budaya selepas berkahwin dengan penyanyi rap itu.
Ini kerana jelas Nazira, penampilan terbarunya itu adalah penampilan dirinya sejak dari zaman kolej lagi.

Menurut Nazira lagi, dia lebih selesa menjadi diri sendiri, meskipun sedar sering menjadi mangsa kecaman netizen di media sosial.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: