05 October 2023

MENANGIS TERIMA BERITA BAPA JATUH SAKIT, TAK BOLEH BERJALAN - SAJAT LUAH RASA SYUKUR, BERTERIMA KASIH KEPADA DATUK ALIFF SYUKRI



Menerusi sesi live baru-baru ini, usahawan sensasi iaitu Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, dilihat tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui bapanya jatuh sakit.
Kongsi sesi live tersebut sambil membuat kuih onde-onde, Sajat berkata, bapanya jatuh sakit kerana kesan sampingan v@ks1n serta bertanyakan kepada pengikutnya ada tak ahli keluarga mereka berdepan perkara yang sama.

"Kau orang ada tak macam keluarga kau orang tu kan, lepas cucuk v@ccn1e tu sakit? Sebelum ni tak ada macam tu, dia (ayah) terus sakit. Tu dia cakap dengan saya, dia tengok video saya, dia nangis tengok saya.

Klik untuk gambar besar
"Bila saya buat onde-onde, ni kuih favourite dia. Saya sebenarnya, sekarang ni buat kerja apa yang boleh buat saya buat je kerja, faham tak? Saya buat je. Saya kan tak ada pengalaman kerja kat Australia. Saya hanya belajar sahaja. Sampai orang kata saya macam-macam.

"Yang penting, saya tahu niat saya tu apa saya buat. Kau orang senanglah cakap, tapi yang lalui saya," tutur Sajat yang menjelaskan, dia baru saja mendapat tahu mengenai perkara tersebut kerana ibu bapanya tidak mahu bercerita serta membuatkan dia susah hati.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Instagram pula, Sajat telah meluahkan rasa syukur serta berterima kasih kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida kerana membantu membelikan kerusi roda buat bapanya.
Masih lagi bersahabat dengan Aliff seperti dulu dan hanya berkomunikasi menerusi WhatsApp untuk bertanya khabar, Sajat turut sebak apabila usahawan itu mengirimkan video bapanya menerima kerusi roda berkenaan, selain memohon maaf kepada bapanya.

"Bila Dato kirimkan video ini pada sajat, sahaja terasa sedih dan sebak, bila orang yang kita sayang dapat buat dia tersenyum selagi dia masih hidup.. ayah maafkan Sajat, ampun kan Ajad, ayah adalah ayah terbaik dalam dunia ini. Ajad sayang sayang ayah dan emak.

"Buat Dato dan Datin, terima kasih kerana menolong Sajat, walaupun Datin dan Dato sibuk, tapi tetap mencuri waktu untuk membantu sahabat ini yang jauh dari mata. terima kasih dan semoga Allah membalas nya kebaikan Dato dan Datin. Amin," tulisnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: