Nampaknya impian pelakon dan penyanyi Didi Astillah bergelar pramugari akhirnya tercapai apabila dia berjaya menamatkan kursus kru kabin untuk syarikat penerbangan Batik Airlines.
Berita gembira tersebut dikongsikan ibunya iaitu Zarina Salleh, 47, menerusi laman Instagram (IG), dimana dia meluahkan rasa syukur atas kejayaan anaknya itu.
"Alhamdulillah adik (Didi) habis juga kau belajar, mama doakan kerjayamu yang baru ini dan ini la cita-citamu dari kecil tercapai juga, Amin," tulisnya.
Klik untuk gambar besar
Dalam perkongsiannya itu, Zarina turut memuat gambar mereka sekeluarga meraikan majlis graduasi Didi sebagai pelatih kru kabin syarikat penerbangan berkenaan. Hadir sama, kakaknya yang juga penyanyi dan pelakon Bella Astillah.
Untuk makluman, Didi atau nama sebenarnya, Dayang Nazilah Awang Astillah, 27, juga terbabit dalam bidang seni dan mengikut jejak, Bella. Pada masa sama, Didi juga pernah menghasilkan beberapa album sebelum ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment