01 November 2023

ENGGAN DEDAH JUMLAH BAYARAN NAFKAH ANAK - HAFIDZ ROSHDI AKUI JUMPA ANAK DUA BULAN SEKALI, HANYA DUA TIGA JAM



"Isu nafkah ini adalah hal privasi antara saya dengan dia. Berapa jumlah itu hanyalah antara saya dengan dia.
"Saya tak mahu komen mengenai hal itu. Namun, saya memang ada beri nafkah. Tidak pernah terlepas bayar nafkah dia anak-anak."

Itulah tutur pelakon Hafidz Roshdi yang menafikan dakwaan dia culas membayar nafkah buat dua anaknya, Umar dan Humairah seperti yang didakwa bekas isterinya, Nurul Shuhada.

Tidak pernah terlepas membayar nafkah kepada Shuhada, Hafidz bagaimanapun enggan berkongsikan secara terbuka mengenai jumlah bayaran yang diberikan kerana ianya adalah privasi antaranya dan bekas isteri.

Terdahulu, Shuhada mendedahkan bekas suaminya itu culas membayar nafkah serta memberi RM100 sebulan untuk setiap anak.

Sementara itu, Hafidz turut berkongsikan kali terakhir dia berjumpa dengan anak-anak adalah pada September lalu. Katanya, dia hanya sempat meluangkan masa sekitar dua hingga tiga jam sahaja.

Klik untuk gambar besar
Jelas Hafidz lagi, setakat ini, dia belum berjumpa dengan Humairah dan Umar, serta memberitahu dia akan bertemu dengan mereka dua bulan sekali jika ada bajet.

"Saya masih belum berjumpa dengan anak-anak. Terakhir adalah bulan September lalu, jumpa dekat rumah bekas isteri. Dua bulan sekali saya akan jumpa anak-anak kalau ada bajet. Sekali jumpa dalam dua hingga tiga jam sahaja," ujarnya.

Hafidz yang hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam berkata, dia tidak pernah menghubungi bekas isterinya. Katanya, urusan hal anak-anak adalah melalui peguam dan bekas ibu mentua.

"Saya hanya berhubung melalui peguam dan juga melalui ibu Shuhada. Saya memang tiada hubungi Shuhada," katanya.

Difahamkan, mahkamah menetapkan 23 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes hadanah termasuk sebutan semula kad hadanah penuh dan interim.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: