12 November 2023

FIZI ALI KESAL ANAK TAK MUNCUL GRADUASI - SERAH HAL INI PADA PEGUAM



Penyampai radio Hot FM iaitu Fizi Ali, 34, menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini, telah meluahkan rasa kesal apabila dia tidak dapat berjumpa dengan anaknya, Ameena Sofia di hari graduasi prasekolah yang berlangsung di Cyberjaya, semalam.
"Saya pergi ke sana, masuk ke dewan dan tunggu majlis berlangsung. Memang anak saya tiada di sana dan juga langsung tidak dapat menghubungi dia," tulisnya.

Melihat pada hantaran tersebut, Fizi hadir membawa jambangan bunga buat Ameena pada majlis graduasi itu. Namun, kelibat Ameena tidak kelihatan sehingga majlis tamat dan ia membuatkan dirinya sebagai bapa ralat kerana tidak dapat menonton persembahan Ameena.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, 34, memberitahu, dia telah menyerahkan hal berkenaan kepada peguamnya untuk melakukan siasatan lanjut.

Jelas Fizi lagi, dia sudah mendapatkan nasihat daripada peguamnya bagi tindakan undang-undang yang mahu diambil dan atas sebab itu, dia tidak dapat mengulas mengenainya.
"Saya akan bawa ke muka pengadilan, tapi minta maaf saya tidak boleh memberi komen lanjut buat masa ini sebab bimbang akan mengganggu siasatan.

"Malah, pihak peguam juga menasihatkan agar saya tidak bercakap dan berkongsi banyak mengenai perkara ini dan bila tindakan lanjut itu akan saya maklumkan kemudian," katanya.
Berhubung hal itu, Fizi berkata, dia juga bertindak cuba menghubungi anaknya menerusi bekas isteri, pelakon Shakilla Khoriri, bagaimana panggilan itu tidak berjawab. Malah panggilan dan pesanan WhatsApp yang dikirim juga tiada balasan.

Untuk makluman, Fizi pernah bernikah dengan Shakilla pada 18 Januari 2018 dan sah bercerai pada Disember 2021. Hasil perkahwiann itu, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia

Namun, pada 23 Oktober lalu, Fizi selamat mendirikan rumah tangga kali kedua dengan wanita pilihan, Siti Zulaikha, yang merupakan ibu tunggal seorang anak.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: