13 November 2023
MENGAKU BUAT PERSIAPAN KAHWIN - FARISHA IRIS DEDAH BAKAL SUAMI BUKAN ORANG DALAM INDUSTRI
"Majlis perkahwinan saya, lambat lagi dan akan diuar-uarkan apabila sampai masanya. Tapi, memang betul pun saya ada perancangan nak berkahwin dan siapa yang tak mahu berkahwin kan?
"Tapi yang penting bukan tahun ini. Insya-Allah, pada hujung tahun depan dan apa yang saya muat naik di Instagram itu sekadar baru nak tengok-tengok dewan. Ingatkan senang, tapi susah juga nak buat persediaan kahwin."
Demikian akui penyanyi Farisha Iris, 24, yang memberitahu, dia kini sudah membuat persiapan majlis perkahwinan yang dirancang berlangsung pada hujung tahun depan, namun masih merahsiakan identiti bakal suaminya itu.
Klik untuk gambar besar
Tambah Farisha atau nama sebenarnya, Farisha Asmadi, segala persiapan untuk hari 'istimewa' itu bagaimanapun masih di peringkat perancangan awal, selain enggan berkongsi lanjut apa yang sudah dilakukan setakat ini.
Farisha yang juga bekas peserta Big Stage musim ketiga itu baru-baru ini ada memuat naik foto dia didapati membuat tempahan dewan di Instagram (IG) miliknya, dimana ia menunjukkan seperti dia mahu melangsungkan majlis perkahwinan.
Dalam pada itu, mengulas identiti calon suaminya pula, Farisha mendedahkan, lelaki bertuah yang bertakhta di hatinya itu bukan orang dalam industri dan menjelaskan mereka belum bertunang ataupun dirisik lagi, selepas baru saling mengenali pada Mac lalu.
"Saya cuma rasa seronok apabila dah mula buat persediaan ke arah itu (perkahwinan), namun buat masa ini perlu fokus pada pengajian saya di universiti dulu.
"Nak kata dah bersedia sepenuhnya untuk berkahwin, belum lagi. Sebab, sekarang ini saya kena habiskan pengajian di peringkat sarjana sehingga Januari, tahun depan," kata penyanyi lagu 'Alasan Terindah'.
Sebelum ini, Farisha pernah digosipkan menjalin hubungan istimewa dengan pelakon Niezam Zaidi, namun dia tampil menafikan dakwaan itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment