13 November 2023

TROFI AJL, GITAR HADIAH PEMBERIAN ISTERI ANTARA YANG DILELONG - FAIZAL TAHIR LUAH RASA SYUKUR BERJAYA KUMPUL DANA SUMBANGAN UNTUK PAL£STIN



"Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Saya memang tak sangka acara amal ini (F@ith 4Pal£stin) dapat mengumpulkan jumlah sumbangan yang besar dan sambutan sangat baik. Ia satu pencapaian bermakna buat saya kerana perancangan dibuat dalam masa singkat.
"Hanya dua minggu saja saya dan pasukan merancangnya. Saya boleh kata, acara ini macam main langg@r saja sebab memang tak boleh nak tunggu lama. Bantuan sangat diperlukan oleh saudara kita di Pal£stin dan apa lagi yang saya boleh buat, melainkan dengan cara ini."

Itulah kata komposer dan penyanyi, Faizal Tahir, 45, yang tidak menyangka acara amal, Faith 4Pal£stin yang dianjurkannya berjaya mengumpul dana sumbangan keseluruhan sebanyak hampir RM44,000 di sebuah hotel di sini, petang semalam.

Ketika ditemui media, Faizal memberitahu, dia hanya mampu bersyukur dengan usaha amal dilakukan itu apabila dapat mengumpulkan jumlah sumbangan agak besar dalam tempoh singkat dan sambutan menggalakkan.

Dalam pada itu, Faizal berasa gembira dapat menjual semuanya dan memperoleh jumlah sumbangan keseluruhan sebanyak RM15,022.99, menerusi lelongan barangan peribadi miliknya. Manakala, kutipan tiket 'showcase' pula 'sold out' kira-kira RM25,437.22.

Antara barangan lelongan penyanyi itu kepada penonton berminat yang membeli tiket 'showcase' akustik di acara Faith 4Pal£stin itu ialah jaket, trofi kemenangan Anugerah Juara Lagu (AJL), kasut dan dua buah gitar, termasuk koleksi 47 figura aksi miliknya.

"Trofi AJL itu, saya dapat ketika lagu Assalamualaikum yang juga penyertaan terakhir saya di acara anugerah berkenaan. Selain itu, salah satu gitar yang dijual adalah pemberian istimewa daripada isteri tercinta saya.

"Alhamdulillah, isteri beri izin untuk saya jual gitar itu demi acara amal ini yang dibeli dengan harga RM6,399.99. Syukur, semua ini saya lakukan dengan ikhlas walaupun boleh dikata kesemua barangan yang dilelong itu adalah kesayangan dan cukup bermakna di hati saya.

"Tapi, inilah sebenarnya cara kita untuk membuat sumbangan apabila belajar kuatkan hati untuk melepaskan barangan yang betul-betul disayangi dengan ikhlas kerana Allah," tuturnya.

Pada acara tersebut, Faizal juga mengundang aktivis Nadir Al Nuri daripada badan bukan kerajaan (NG0) Cinta Gaza Malaysia untuk berkongsi kisah kemelut Pal£stin yang masih berlaku ketika ini.

Selain itu, penyanyi Syamel juga hadir menghiburkan penonton. Lebih menarik lagi, Faizal turut membawa enam orang anaknya naik ke atas pentas buat kali pertama untuk menyanyi bersama dengannya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: