Busana penyanyi Adira Suhaimi yang digayakannya pada konsert kelima Famili Duo musim ketiga (FD3) telah menerima kritikan selepas didakwa menampakkan puting payudaranya.
Berhubung kritikan itu, Adira atau nama penuhnya, Siti Adira Suhaimi, 32, berkata, dia sedar penampilannya pada malam konsert tersebut menjadi perbualan ramai di media sosial.
"Tengoklah 'benda' lain, yang tengok 'benda' itu kenapa? Takkanlah, kita biar 'benda' itu terkeluar macam itu? Ini fabrik PVC.
Klik untuk gambar besar
"Sebenarnya, 'benda' yang netizen nampak itu adalah garisan jahitan pada bahagian dada pakaian yang diperbuat daripada fabrik PVC ini.
"Benda ni pun dah 'post', nak buat macam mana. Dia (netizen) yang tengok, dia pula susah hati kan?.
"Apapun, saya suka baju ini sebab cantik," katanya ketika ditemui pada sidang media selepas konsert minggu kelima FD3 berakhir di Studio Ntv7, Glenmarie di sini, malam tadi.
Dalam pada itu, ditanya sama ada dia menyedari mengenai 'bonjolan' pelik seperti dakwaan netizen itu, Adira menafikannya.
"Saya langsung tidak menyedari bonjolan yang didakwa itu kerana material pakaian agak keras hingga menimbulkan kesan jahitan," ujarnya.
Namun begitu, tambah Adira, dia melihat kritikan netizen itu dari sudut yang positif dan berjanji insiden berkenaan tidak akan berulang pada masa akan datang.
Kata ibu kepada empat cahaya mata itu lagi, dia terima semua kritikan dan anggap teguran adalah perkara yang baik.
"Kalau mereka tidak cakap, saya pun tak tahu sebab kita rasa elok sahaja pakaian digayakan. Tapi bila ada orang perasan, kita yang terlepas pandang.
"Tidak mengapa, saya sayang netizen Malaysia. Insya-Allah, minggu depan tidak akan ada lagi isu seperti ini kerana saya akan tampil dengan fesyen yang lebih 'vazz' dan buat netizen menangis," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment