Menerusi satu temu bual dalam satu program, pelakon Emma Maembong mendedahkan, ketika di awal penglibatan dalam lakonan, dia tidak pernah membaca skrip kerana tidak tahu membaca.
Kongsi Emma lagi, ketika itu rakan baiknya yang membantu membacakan skrip. Namun, dia bersungguh-sungguh untuk belajar selepas menerima tawaran berlakon daripada pengarah, Erma Fatima.
"Sampai Erma Fatima tawarkan saya berlakon. Saya tau kalau nak sesuatu, maksudnya saya kena banyak membaca. Jadi saya cuba baca skrip setiap hari.
"Tapi masa itu, kawan baik saya yang tolong bacakan. Dia yang baca dan saya ingat. Saya tak pernah baca skrip," katanya.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Emma berkata, dia tidak malu mendedahkan dirinya tidak pandai membaca, sebaliknya mengambil inisiatif untuk belajar daripada orang sekeliling.
"Satu hari bila masuk sebuah kedai nak beli makanan tetiba nampak buku komik. Banyak komik kat situ. Saya ambil dan buka. Macam mana nak baca?
"Siapa-siapa yang datang rumah, saya akan tanya macam mana nak sebut 'A'? Orang yang ajar itu saya ingat. Bila ingat, saya tulis. Saya cuba dan terus cuba. Tapi tak pernah beriya," ujarnya.
Dalam pada itu, Emma ataua nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 31, turut berkongsikan mengenai kri5is keluarganya, dimana dia dan adik-beradikya melalui fasa sukar ketika ibu bapanya berpisah.
"Ada la macam kri5is keluarga.. tak sekolah, ibu bapa berebut anak dan bercerai. Semasa proses penceraian, pada masa itu sangat sukar. Jadi, saya tinggal dengan ayah.
"Ayah macam tak reti jadi bapa tunggal (single parents). Nak kena bawa anak pergi sekolah semua. Jadi, kami p0nteng sekolah," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment