06 November 2023

NAFI DAKWAAN TEMAN WANITA ADIK SHILA AMZAH, AMIR SHAFIQ - EIZA TAMPIL JELASKAN SITUASI SEBENAR



Sebelum ini, penyanyi Shila Amzah meminta seorang wanita yang juga dipercayai kekasih adiknya, Amir Shafiq dikenali sebagai Eiza Idanie Che Saleh untuk segera keluar dari kediaman keluarganya di Hulu Langat, Selangor.
Terkini, Eiza tampil menafikan dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan Shafiq seperti yang dilaporkan penyanyi itu hingga menerima pelbagai c£muhan netizen.

Jelas Eiza, perkenalan dengan Shafiq hanya atas urusan perniagaan dan dia ditawarkan untuk menetap di banglo milik Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 33, oleh kedua ibu bapanya pada tahun 2021.

"Pada hujung Disember 2021, rumah sewa saya di Hulu Langat ditengelami air akibat banjir hingga mengalami keros@kan yang teruk termasuk barang niaga saya ros@k.

"Dalam masa sama, ketika itu, Shafiq bekerja dengan saya dan ada isu dalam perniagaan menyebabkan saya terpaksa tutup perniagaan dan dia ada berhut@ng duit dengan saya.

"Disebabkan mengalami kerugi@n besar saya minta Shafiq temukan saya dengan bapanya, Datuk ND Lala untuk mencari jalan keluar dan peluang untuk saya bangkit dalam perniagaan.

"Kemudian bapanya menawarkan saya peluang perniagaan berkonsepkan multi level marketing (MLM) dan mempelawa saya untuk tinggal di rumahnya untuk sementara waktu hingga saya ditawarkan bekerja sebagai pembantu peribadinya.

"Malah dia juga pernah menggunakan duit saya sebanyak RM8,000 untuk daftar keahlian baru untuk perniagaan MLM itu," jelas Eiza yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Menurutnya lagi, dia juga berasa kecewa dengan kenyataan Shila yang meminta orang luar dalam rumah banglo itu keluar, sedangkan selama ini dia mengambil tanggungjawab untuk menjaga ibu serta adik-beradiknya di tengah konfl1k perg@duhan membabitkan ibu dan bapa Shila.

"Pada pertengahan tahun 2022, saya pernah keluar daripada rumah itu selama beberapa bulan. Sepanjang tiada di rumah ibunya sering menghubungi dan memujuk saya untuk tinggal bersamanya disebabkan kem£lut rumah tangga yang berlaku.

"Ibu Shila selalu minta saya mendengar masalah berkaitan rumah tangganya. Jadi atas rasa simpati saya kembali ke rumah itu. Di rumah itu pun saya duduk sebilik dengan ibu, Syada dan anak angkat Shila.

"Malah sepanjang perg@duhan ibu bapanya, saya terpaksa mengambil tanggungjawab untuk membantu dan menjaga ibu dan adiknya, Syada Amzah memandangkan kami faham Shila terlalu sibuk dengan kerja.

"Pada awal tahun ini pun, saya sekali lagi berpindah keluar tapi dipujuk oleh ibunya. Saya faham em0si ibu Shila waktu itu yang memerlukan seseorang untuk tempat luahan di saat anaknya memberi alasan sibuk bekerja.

"Sepanjang tinggal di rumah itu, saya sedar diri dan membantu menjaga rumah serta menyumbang perbelanjaan keluarga Shila seperti membeli barangan dapur, makanan kucing dan lain-lain.

"Saya juga nak jelaskan di sini, saya tidak sentiasa berada di rumah terbabit kerana kebanyakan urusan saya di luar kawasan seperti ke China dan luar daerah," kata Eiza yang dalam masa sama, berharap segala penjelasan yang dibuat dapat membersihkan namanya selepas bermacam fitn@h dilemparkan Shila sebelum ini.

"Saya dik£cam teruk oleh netizen gara-gara fitn@h yang dibuat Shila seperti tidak membayar utiliti rumah, menjadi b@tu @pi dan mendakwa saya teman wanita kepada adiknya sedangkan Shafiq adalah bekas pekerja dan rakan saya saja," tuturnya.

Dalam pada itu, Eiza turut meminta netizen untuk mendengar penjelasan dua belah pihak sebelum terus meng£camnya dan ahli keluarga Shila.

Baru-baru ini, Shila turut mendedahkan banglo miliknya itu sudah dikosongkan ahli keluarganya yang menetap di situ sebelum ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: