06 November 2023

"SAYA TETAP MAHU MENJADI DIRI SENDIRI... NAK BERHOODIE ATAU APA, ITU SAYA" - FAZURA NAFI DAKWAAN PERGI CLUBB1NG



"Saya tak pernah akui saya terpaling solehah. Saya manusia biasa, tak pernah akui saya terpaling solehah dan pamerkan kepada semua orang saya mengaji dan solat setiap hari. I am work in progress. Setiap hari saya berusaha untuk istiqamah.
"Saya kerja keras, ada masa saya nak lepaskan tekanan dengan berhibur sebab saya suka muzik dan menari. Ada kalanya saya akan pergi kara0ke dengan kawan-kawan.

"Kadangkala saya pergi ke restoran dan memang kebanyakan restoran sekarang keadaannya gelap. Bila ada muzik, sudah tentu saya akan goyangkan bahu.

"Dalam berhibur, saya tetap ingat Allah, tak adalah sampai lupa diri. Ada hadnya. Tapi clubb1ng itu memang tuduhan berat dan ia tidak berlaku.

Klik untuk gambar besar
"Apa pun yang kita buat, berbalik pada niat. Itu antara kita dengan Allah. Saya work in progress, tidak sempurna dan sentiasa berusaha untuk istiqamah.

"Tapi saya tetap mahu menjadi diri sendiri. Nak berhoodie atau apa, itu saya. Yang penting besok lusa saya tak buka (tudung)."

Itulah kata pelakon Fazura ketika ditemu bual bersama Astro News, dimana dia tampil menjawab dakwaan kononnya dia mengunjungi kel@b mal@m dan dikatakan tidak bertudung ketika melancong ke Indonesia baru-baru ini.
Dalam pada itu, Fazura mengakui adakalanya dia memakai hoodie dan topi ketika keluar, namun menafikan dirinya ke kel@b mal@m.

Fazura yang tidak menafikan bahawa dia memakai hoodie dan topi itu turut berkongsikan di Instagram, selain menyifatkan dakwaan pergi ke kel@b malam itu adalah tuduhan berat.

Tambah isteri kepada pelakon Fattah Amin itu, dia mahu menjadi diri sendiri, namun dalam masa yang sama, dia masih tahu tentang batas sebagai umat Islam.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: