06 November 2023

NYANYIAN KUCAR-KACIR - EZAD LAZIM DIUMUMKAN TERSINGKIR MINGGU KE-7 ALL STARS GEGAR VAGANZA



Penyanyi Ezam Lazim nampaknya menjadi peserta yang seterusnya diumumkan tersingkir pada minggu ketujuh All Stars Gegar Vaganza (ASGV @ GV10) selepas mendapat markah terendah.
Dalam persembahan tersebut, Ezad yang merupakan ahli kumpulan Exists itu telah membawakan lagu 'Seksa' dendangan asal kumpulan Ukays.

Bagaimanapun, nyanyian Ezad telah menerima kritikan daripada juri tetap program tersebut iaitu Datuk Ramli MS yang dilihat tidak gemar dengan persembahan penyanyi berkenaan.

Klik untuk gambar besar
Ini kerana kata Ramli MS atau mesra disapa Tokram, Ezad tidak mampu membawakan lagu 'Seksa' dengan jayanya walaupun lagu itu mudah disampaikan.

"Lagu ini melodinya merdu tetapi dimana melodinya? Awak menyanyi banyak kucar-kacir sehingga hilang merdunya walaupun lagu ini sangat mudah. Sebutan pun kurang jelas mungkin kerana banyak sangat kemam," katanya.
Sementara itu, peserta Hady Mirza telah dinobatkan sebagai peserta yang menduduki tempat pertama apabila meraih markah tertinggi daripada tiga juri tetap, menerusi lagu 'Romancinta' nyanyian asal kumpulan Mojo.

Manakala bagi tempat kedua dan ketiga pula, ia dibolot oleh Jaclyn Victor (Menghitung hari - Salamiah Hassan) dan LIza Hanim (Gubahan Rindu Puisi Syahdu - Fauziah Latiff).

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: