17 November 2023

NABILA RAZALI BAKAL AKHIRI ZAMAN BUJANG PAGI ESOK



"Ya Nabila bakal bernikah esok pagi di Pahang. Ini detik yang membahagiakan buat pasangan ini."
Itulah jelas sumber di Harian Metro, dimana penyanyi dan pelakon Nabila Razali dikatakan bakal melangsungkan pernikahan, pagi esok, selepas menerima lamaran perkahwinan daripada ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta litar Formula iaitu Nik Iruwan Nik Izani.

Difahamkan, penyanyi yang popular dengan lagu 'Peluang Kedua' itu dijangka bakal diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup di Pahang.

Klik untuk gambar besar
Namun begitu, Nabila dilihat masih sibuk menghadiri jemputan dan tetap fokus dengan kerja yang dilakukan, walaupun dikatakan bakal bernikah esok.

Terdahulu, timbul gosip mendakwa majlis pernikahan Nabila dengan Nik Iruwan bakal disatukan bersempena ulang tahun ke-31 penyanyi itu pada Isnin lalu.
Bagaimanapun, ia hanyalah pengumuman menerima lamaran daripada Nik Iruwan menerusi satu foto penuh romantis yang dimuat naik di Instagram.

"I said yes (Saya terima)," tulis Nabila yang juga merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-10 (AF2013).

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: