17 November 2023

"DALAM KALANGAN ARTIS, DATUK SERI SITI NURHALIZA ADALAH PEMBAYAR TERTINGGI ZAKAT..." - LEMBAGA ZAKAT SELANGOR



"Boleh dikatakan dalam kalangan artis atau lebih spesifik, kalangan penyanyi saya boleh katakan Datuk Seri Siti Nurhaliza adalah pembayar tertinggi zakat di Lembaga Zakat Selangor.
"Harapnya selepas ini, akan ada lebih ramai rakan artis yang mengikut jejak langkah Datuk Seri Siti.

"Dalam tempoh lima tahun tidak pernah gagal membayar zakat, walaupun banyak membuat kerja kebajikan lain seperti menguruskan Yayasan Nur Jiwa dan sebagainya."

Klik untuk gambar besar
Demikian jelas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) iaitu Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini, menerusi program Bizjihad anjuran LZS baru-baru ini.

Katanya, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan artis yang memberi sumbangan tertinggi menerusi LZS.
Malah, tambahnya lagi, Siti juga tidak pernah gagal menjelaskan bayaran zakat sejak lima tahun lalu.

Sementara itu, menerusi platform X, potongan siaran langsung program berkenaan turut dimuat naik oleh seorang pengguna.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa kagum dengan penyanyi nombor satu negara itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: