17 November 2023

BERSYUKUR SUDAH BEBAS TUDUHAN - SHARNAAZ TAK MAHU BUAT PERANG@I LAGI, KENA FIKIR BANYAK KALI



Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas dan membebaskannya pelakon Sharnaaz Ahmad atas tuduhan menumbvk pengawal keselamatan yang juga penghuni kondominium, Jun tahun lalu.
Selepas lebih setahun turun naik mahkamah, Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 38, berkata, banyak pengajaran dilalui sepanjang tempoh itu.

"Akan datang kena pikiaq (fikir) banyak kali lah, tak mau (tak nak) buat perang@i lagi. Saya bersyukur dan sekarang sudah bebas, ini soal reputasi dan perjalanan karier saya.

"Saya dah banyak belajar dan akan terus belajar," katanya ditemui selepas prosiding mahkamah, hari ini.

Ditanya mengenai perancangannya selepas, Sharnaaz berkata, selepas ini dia akan bercuti dengan anaknya.

"Saya rasa kena tengok balik diri saya. Saya nak masuk 40 (tahun) dah, perangai masih macam budak lagi.

"Apa jadi dalam hidup saya satu story (cerita), saya rasa kalau tutup buku, story saya akan jadi menarik," ujar pelakon drama bersiri 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' itu.

Dalam prosiding hari ini, Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim memerintahkan Sharnaaz dilepas dan dibebaskan selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.

"Selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan peguam, mahkamah berpuas hati dan dengan ini memerintahkan supaya pertuduhan terhadap OKS... DNA (dilepas dan dibebaskan). Oleh itu , OKS dilepas dan dibebaskan manakala wang jaminan dikembalikan," tuturnya.

Peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid mewakili Sharnaaz memaklumkan, kepada mahkamah bahawa representasi yang dihantar pada 2 Mei lalu untuk menggugurkan pertuduhan yang dihantar Sharnaaz selaku Orang Kena Sam@n (OKS) diterima oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Tambah Wan Azmir, satu representasi dihantar kepada pendakwaan dan pendakwaan memaklumkan bahawa pihaknya ingin menarik balik pertuduhan terhadap Sharnaaz.

"Dalam kes ini, pengadu menarik balik kes ini dan laporan polis berhubung penarikan kes dibuat. Oleh itu saya pohon satu keputusan DNA perlu diberikan kepada Sharnaaz," jelasnya yang turut kendalikan kes bersama seorang lagi peguam Sharnaaz, Datuk Abu Bakar Isa Ramat.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal mengesahkan perkara itu.

"Saya mendapat arahkan daripada Ibu Pejabat (AGC) untuk kes ini DNAA (dilepas tanpa dibebaskan) dan setakat itu arahan," katanya.

Pada 18 Januari lalu, Sharnaaz mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja menyebabkan keced£raan terhadap Izzul Islam Awang, 27, di kawasan lif, pintu masuk sebuah blok di sebuah kondominium di Jalan Dutamas di sini pada 8.30 malam, 16 Jun 2022.

Sharnaaz dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseks@an yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: