08 November 2023

RAMBUT BANYAK GUGUR SELEPAS DUA KALI KEMOTERAPI - NOR AZIFAH NEKAD 'B0TAKKAN KEPALA'



"Apabila lihat rambut sudah mula gugur, saya tak nafikan ada rasa sedih di hati. Tapi, saya sedar perlu sentiasa positif dan kuat semangat melawan penyakit ini demi keluarga kerana saya pun ada anak yang masih kecil.
"Alhamdulillah, selepas nekad b0takkan kepala, saya jadi selesa dan tak rasa 'd0wn' lagi. Saya juga pastikan diri aktif melakukan kerja-kerja di rumah walaupun ada rasa pening sedikit. Kalau tak pening teruk dan boleh buat, saya memang buat."

Demikian kata pelakon drama, Nor Azifah Zainon Abidin, 59, yang kini menghidap kanser payu dara tahap tiga, dimana dia membuat keputusan memb0takkan kepala selepas mengalami rambut gugur akibat rawatan kemoterapi.

Ketika dihubungi, Nor Azifah menjelaskan, rambutnya cepat sangat gugur walaupun baru dua kali melakukan kemoterapi dan sedikit sebanyak ia membuatkan dia berasa sedih serta kurang selesa.

Dalam pada itu, Nor Azifah yang kini mendapatkan rawatan kemoterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sudah menghulurkan sumbangan kewangan kepadanya.

"Selepas berita keperitan saya disiarkan Harian Metro baru-baru ini, dapatlah juga mengumpulkan kira-kira RM3,000, hasil sumbangan orang ramai. Terima kasih banyak dan Allah saja dapat membalas kebaikan anda itu.

"Alhamdulillah, ada yang derma RM1, RM3 sehinggalah RM50 dan saya amat bersyukur serta berterima kasih. Malah, ada juga penderma daripada kaum Cina yang sudi juga menghulur sumbangan, terima kasih.

"Tapi, kalau ada yang sudi membantu saya lagi, boleh ke akaun Maybank 114013153925 atas nama Nor Azifah Zainon Abidin. Memang saya rasa malu, namun ini antara ikhtiar juga," tuturnya.

Tambahnya lagi, dia kini dalam proses membuat permohonan mendapatkan bantuan kerajaan menerusi MySalam sebagai usaha memperoleh bantuan kewangan yang diperlukannya.

Pada 26 Oktober lalu, Nor Azifah dilaporkan memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM35,000 untuk kos rawatannya selepas disahkan menghidap kanser payu dara tahap tiga sejak Julai lalu.

Nor Azifah difahamkan perlu melakukan enam pusingan rawatan kemoterapi yang dijangka berakhir pada Mac tahun depan. Selain itu, pelakon ini juga perlu menjalani pembedahan dan disusuli rawatan radioterapi selepas bedah.

Sementara itu, ibu kepada lima anak berusia antara tiga hingga 35 tahun itu juga sudah lapan bulan tidak dapat tawaran berlakon disebabkan masalah kesihatan dialami, sekali gus tidak dapat membantu suami, Wan Mohd Idzham Faris dalam mencari rezeki buat keluarga.

Antara drama lakonan Nor Azifah yang sering melakonkan watak pembantu ialah 'Seindah Tujuh Warna Pelagi', 'Istidraj', 'Kalimah Jiwa', 'Dia Bidadari Syurga', 'Inikah Dikatakan Cinta', 'Syurga Noah', 'Ratu Lori', 'Suri Cinta' dan banyak lagi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: