14 November 2023

TERBABIT KEMALANGAN KETIKA SERTAI KONVOI - BETO KUSYAIRY ALAMI CEDERA RINGAN



Ketika menyertai konvoi motosikal Solidariti Wings Motogang Society ke Masjid Negeri Ipoh, Perak di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Ladang Bikam, petang semalam, dimana ia turut disertai penyanyi Datuk Awie, pelakon Beto Kusyairy telah mengalami kecederaan ringan apabila terbabit kemalangan.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, motosikal ditunggang Beto dikatakan bergesel dengan motosikal seorang lagi peserta yang dikatakan memasuki laluannya secara tiba-tiba sebelum terjatuh.

Pengurus kepada Awie, Sharul Nizan Ramli ketika dihubungi berkata, Beto dirawat di Hospital Tapah selepas mengalami luka-luka ringan dek kemalangan itu, sebelum dibenarkan pulang malam tadi.

Klik untuk gambar besar
"Seramai 60 peserta Solidariti Wings Motogang Society yang diketuai Awie bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Ipoh kira-kira jam 4 petang semalam.

"Kemalangan mungkin berpunca daripada keadaan jalan yang agak licin kerana hujan lebat sepanjang perjalanan," jelas Sharul Nizan yang turut memaklumkan, seorang lagi peserta masih dirawat di hospital kerana mengalami kecederaan yang agak teruk.
Menurutnya lagi, Beto dan seorang lagi mangsa itu dibawa dengan ambulans ke hospital sebelum Awie bersama peserta konvoi lain meneruskan perjalanan ke Ipoh bagi menghadiri majlis doa selamat dan solat hajat di sana.

Acara dianjurkan sebagai inisiatif melaungkan sokongan terhadap rakyat Pal£stin yang berdepan kekej@man r£gim Zi0nis.
"Selepas selesai majlis dan solat hajat kira-kira jam 10 malam, Awie bersama beberapa ahli konvoi lain singgah ke hospital melawat Beto dan seorang lagi peserta yang cedera itu," katanya.

Sementara itu, cubaan media menghubungi Beto tidak berjaya, manakala isterinya pula iaitu Tisha Shahar, tidak dapat dihubungi kerana berada di Switzerland atas urusan kerja.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: