10 November 2023

TERUSKAN HIDUP - WAN MAIMUNAH NIAGA KECIL-KECILAN, REDA 6 BULAN TIADA JOB BERLAKON



"Memang tiada tawaran berlakon, sudah enam bulan saya tiada pekerjaan… Ada syarikat produksi nak ambil berlakon tapi tak jadi sebab bagi pada orang lain, tidak mengapa mungkin bukan rezeki saya.
"Kalau dapat job satu episod pun, bolehlah saya buat bayar semua komitmen, sekarang saya cuma berniaga kecil-kecilan."

Itulah kata pelakon veteran Mak Wan yang reda apabila orang ramai masih memandang negatif terhadapnya, susulan kontroversi terpalit dirinya sebelum ini.

Jelas pelakon berusia 62 tahun itu, dia terpaksa berniaga secara kecil-kecilan, selepas sudah lebih enam bulan dia tidak menerima sebarang tawaran berlakon.

Menurut Mak Wan, sebelum ini ada pihak mahu mengambilnya berlakon, namun tidak jadi kerana tawaran itu diberikan kepada orang lain.

"Memang tiada tawaran berlakon, sudah enam bulan saya tiada pekerjaan... Ada syarikat produksi nak ambil berlakon tapi tak jadi sebab bagi pada orang lain, tidak mengapa mungkin bukan rezeki saya.

"Kalau dapat job satu episod pun, bolehlah saya buat bayar semua komitmen, sekarang saya cuma berniaga kecil-kecilan," kata Mak Wan yang tinggal sendirian.

Dalam pada itu, Mak Wan memberitahu, dia menderita masalah semput serta penyakit diabetes dan perlu mengambil pelbagai ubat-ubatan bagi mengawal kadar gula dalam darah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: