09 November 2023

MAHU TAMATKAN SENGK£TA 13 TAHUN - NEELOFA SEDIA BERSEMUKA DENGAN FAZURA



"Saya rasa perkara ini perlu dihentikan, kena letak titik noktah. Sebab fikir balik perkara ini dah sampai 13 tahun.
"Jadi saya rasa sekiranya diberi peluang dan ruang untuk saya berdamai, saya akan sambut dengan baik. Saya rasa Fazura pun akan buat benda yang sama."

Demikian ujar selebriti popular, Noor Neelofa yang mahu menamatkan sengk£ta dengan pelakon Nur Fazura dimana difahamkan sudah berlarutan selama 13 tahun.

Dalam pada itu, Neelofa berkata, dia juga sedia untuk bersemuka dengan Fazura bagi menyelesaikan segala permasalahan berlaku antara mereka.

Jelasnya lagi, tiada sebab untuk mereka berdua terus bersengk£ta, serta yakin Fazura juga merasakan perkara sama.

Akui Neelofa, dia juga sudah penat dikaitkan dengan kontroversi membabitkan pelakon itu, selain ikhlas untuk selesaikan salah faham yang wujud.

"Kalau kedua-dua pihak boleh membuat perkara ini (berdamai) ia boleh beri kesan kepada peminat saya dan Fazura untuk ambil kebaikan.

"Tiada lagi nak @pi-@pikan, tiada sebab pihak Fazura tidak berbuat seperti yang saya hendak lakukan ini.

"Saya rasa dua-dua pun nak move forward... kalau asyik kena @pi-@pi dengan netizen saya pun dah tak larat," katanya.

Sebelum ini, hangat diperkatakan apabila wujud dakwaan daripada kelab peminat Neelofa mendakwa Fazura membuka tudung dan berhibur di sebuah pusat hiburan di Jakarta, Indonesia.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: