09 November 2023

KONGSI GAMBAR BOTAK - ZIZAN NIN NAFI DAKWAAN DERITA KANSER, TAPI AKUI PUNYAI MASALAH KOLESTEROL TINGGI



Gara-gara ada berkongsi gambarnya botak baru-baru ini, pelakon dan pengarah Zizan Nin, 50, telah didakwa menderita kanser, namun menyorokkan hal itu.
Bagaimanapun, Zizan tampil menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan gambar itu adalah gambar beberapa tahun lalu untuk sebuah projek.

Akui pemenang trofi Pelakon Harapan Lelaki Festival Filem Malaysia ke-20 itu, dia sihat saja, namun mempunyai masalah kolesterol tinggi.

"Gambar saya membotakkan kepala terbabit diambil ketika penggambaran filem 'Roxy' dua tahun lepas. Saya sebenarnya kena pakai rambut palsu, jadi rimas gatal kepala. Itu yang saya botak terus.

"Alhamdulillah, bukan sakit kanser. Cuma kolesterol saya sangat tinggi. Kena jaga pemakanan tetapi bila terlebih jaga, itu yang kurus. Sekarang tahap kolesterol saya masih perlu pemantauanlah.

Klik untuk gambar besar
"Saya ada mengambil ubat kolesterol sekitar 2014 tetapi selepas dua tahun, saya berhenti dan jaga pemakanan dengan lebih ketat sehingga sekarang.

"Susah nak turun kolesterol, sebab genetik mungkin," ujar Zizan yang juga akui terkejut apabila berita itu tular, namun tidaklah sedih dan tenang saja.

"Tak adalah sedih pun bila cerita tidak benar tersebar. Cuma saya rasa mereka ambil berat. Kita tak tahu kan keadaan, sebagai contoh Allahyarham Adibah Noor. Dia sembunyikan sakit sehingga hujung hayatnya.

"Cuma setakat ini, di usia 50 tahun ini, saya sihat. Buat pemeriksaan kesihatan setiap tahun. Tapi itulah, kolesterol memang kena kawal," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: