09 November 2023
"SYUKUR SANGAT, DAH 16 TAHUN, DULU AYAH SORANG-SORANG JE, SEKARANG DIA DAH ADA TEMAN... " - ANAK-ANAK SABRI YUNUS
"Kami adik beradik memang amat gembira," itulah kata anak sulung kepada pelakon Sabri Yunus iaitu Saidi, 32 tahun, mengenai perkahwinan bapanya itu dengan pelakon Angeline Tan atau Ardini.
Jelas Saidi, dia dapat melihat, bapanya itu sudah berbeza setelah berkahwin apabila kini lebih gembira dan bertambah semangatnya.
"Syukur sangat, dah 16 tahun, dulu ayah sorang-sorang je, sekarang dia dah ada teman, oleh itu memang berbeza. Sekarang ayah nampak lebih sihat, berseri seri, segak dan lebih bersemangat.
"Dah kenal auntie sejak Pi Mai Pi Mai (sitkom), memang rapat sejak kecil, auntie pun ada datang rumah sejak dulu," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, anak kedua Sabri pula, Syamimi, 30 tahun, berkata, kesemua adik beradiknya tak terkejut tentang perkahwinan bapanya itu dengan Angeline Tan.
"Ayah dan auntie Angeline memang dah kawan lama. Sebenarnya kami tak ada terkejut pun.
"Kawan dah lama tapi mereka bertambah rapat sejak adanya perintah kawalan pergerakkan pada tahun 2020.
"Sungguhpun ayah tak ada beritahu, kami dah boleh mengagak kerana ayah selalu keluar dengan auntie. Jadi, bila ayah cakap nak kahwin, kami langsung tak terkejut," jelasnya.
Manakala anak bongsu Sabri iaitu Syazni, 28 tahun, turut menambah, mereka dah kenal lama dengan Angeline Tan.
Bagi Syazni, Angeline Tan memang seorang wanita yang amat baik, dan seorang yang penyayang, malah adik beradiknya pun memang dah anggap pelakon itu macam ibu sebab mengenalinya dari kecil.
"Kami amat tertarik dengan auntie sebabnya dia ni sangat baik, penyayang dan amat bertanggungjawab. Dia sangat caring. Memang dapat lihat dia boleh jaga ayah, dia sangat sayang ayah. Tak nampak fake," tuturnya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai panggilan untuk Angeline Tan selepas bapa mereka berkahwin dengannya, anak-anak Sabri memberitahu, mereka sehingga kini masih lagi kekal memanggil dengan nama auntie Angeline.
"Tentang nama panggilan tu, buat masa sekarang kami kekalkan panggil auntie sebab dah terbiasa sejak kecil dulu. Lama kami panggil auntie, rasa kekok pula kalau tiba-tiba tukar panggilan lain.
"Tetapi panggilan auntie tak bermakna kami tak anggap dia seperti ibu. Anggapan macam ibu tu, dah ada sejak kami kecil, dia layan kami seperti anaknya sendiri," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment