09 November 2023

AMIR RAJA LAWAK MOHON JANGAN BOIKOT JUALAN AIR JAGUNGNYA : "AMIRREKA IALAH AMIR-REKA (AMIR YANG REKA) BUKANNYA AMERIKA"



Umum sedia maklum, ketika ini ramai yang boik0t produk buatan negara Amerika Syarikat di negara ini kerana berkaitan dengan Isra£l yang juga menjadi salah satu solid@riti Pal£stin.
Namun begitu, pelawak dan pelakon, Amir Raja Lawak, 34, berasa terkejut, sekali gus bimbang dengan komen seorang pengguna media sosial yang menyarankan agar perniagaan air jagungnya diboik0t gara-gara ada nama 'Amerika'.

Berhubung hal itu, Amir ketika dihubungi berkata, dia hanya dikenali sebagai 'Amir reka' dan bukannya 'Amerika'. Dek kerana itu, Amir memohon agar dapat membezakan baik-baik, selain meminta maaf sekiranya ada yang berasa keliru.

Klik untuk gambar besar
Tambah Amir atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi, kebanyakan daripada ejen terbabit itu, masing-masing ada keluarga dan semuanya gigih mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan.

"Saya terkejut dan risau juga pada mulanya dengan komen itu. Apatah lagi, situasi sekarang orang bersemangat sangat nak boik0t produk. Tapi, tiba-tiba produk saya pula nak kena boik0t sedangkan semua bahan diguna produk tempatan saja.

"Jadi, saya mohon maaf andai ada yang keliru. Bagaimanapun, syukur Alhamdulillah bisnes belum lagi terjejas. Cuma, risau jika orang lain ada berfikiran sama dengan individu yang komen itu dan ia sudah saya jelaskan pada hantaran di Instagram.
"Saya ini berniaga kecil-kecilan. Kalau boik0t, macam mana saya nak bisnes. Saya juga ada ejen-ejen, lagi la risau kalau mereka (ejen) pun terkena tempias. Ditambah, dengan cara ini saya dapat berkongsi rezeki bersama orang lain.

"Apa yang saya boleh kata, ada saja komen-komen nak@l yang lain. Tapi, biasanya saya buat tak tahu saja. Namun, yang ini (berkaitan boik0t) saya terpanggil untuk perjelaskan supaya ramai orang tidak salah anggap.

"Alhamdulillah ramai yang memahami 'nickname' saya Amirreka itu, sampai ada yang cadangkan tukar 'nickname' pakai Amirg@za ataupun Amirpal£stin supaya orang yang kurang faham itu puas hati," katanya.
Dalam pada itu, Amir berharap semua orang jelas yang 'Amirreka' ialah Amir-reka (Amir yang reka) bukannya Amerika kerana 'nickname' itu sinonim dengannya selain Amir Raja Lawak dan Amir I'm Sorry.

"Apapun, saya tetap nak ingatkan supaya kita semua jangan putus berdoa buat saudara kita di Pal£stin kerana sesungguhnya doa itu senj@ta bagi orang mukmin," tuturnya.

Sebelum ini, Amir berkongsi satu komen netizen di Instagram miliknya, dimana netizen tersebut meminta untuk memboik0t air jagung 'Amerika' kerana mendakwa orang sangat b£nci nama digunakan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: