01 December 2023

BERHENTI KERJA - SUAMI SHILA AMZAH MAHU FOKUS NIAGA BAJU & KEBUN DI PAHANG



Suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai MZ memaklumkan, dia mahu memberi fokus penuh kepada perniagaan baju yang diusahakan, selain menguruskan tanah miliknya di Pahang serta mengusahakan kebun.
Dek kerana itu, Ubai yang merupakan pempengaruh media sosial ini memberitahu, dia baru berhenti kerja di sebuah syarikat penyiaran, bagi memberi fokus hal tersebut.

"Saya baru berhenti kerja dan kini mahu fokus pada perniagaan dan nak uruskan tanah di Pahang. Perniagaan itu adalah perniagaan baju yang kini sedang giat saya lakukan.

"Kalau kebun itu pula, saya tanam durian jenis musang king, rambutan, cempedak. Insya-Allah seterusnya mahu tanam cili. Saiz kebun itu berukuran lebih kurang 3 hektar dan ada juga sebuah kabin di sana," ujarnya.

Bagaimanapun, kata Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, dia masih menerima tawaran berlakon dan menjadi 'talent' jika dipanggil.

"Selain itu, saya masih lagi buat kerja sebagai talent untuk mana-mana program yang diundang. Cumanya sekarang tidak terikat lagi dengan mana-mana stesen TV," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: