16 December 2023

FARAHDHIYA AKUI BERKAWAN DENGAN RAMAI ORANG, NAFI DAKWAAN 'PL@YGIRL'



"Saya berkawan dengan ramai. Bukanlah 'pl@ygirl' cuma saya nak cari yang sesuai. Saya berkawan untuk berkahwin bukan nak buang masa. Kepada yang ada rasa-rasa nak membuang masa, stay away from me.
"Sebenarnya dalam hidup ini kita kena ada rancangan, rancangan saja if you want something you kena usaha. Tak boleh nak mengharapkan benda tu datang bergolek."

Itulah jelas pelakon dan penyanyi Farahdhiya yang mengaku masih tidak memunyai teman istimewa dan jika sudah ada teman istimewa, katanya, dia tidak akan mendedahkan kepada umum selagi belum bergelar suami.

Klik untuk gambar besar
Farahdhiya berkata demikian ketika ditemu bual bersama Melodi, dimana dia turut memberitahu, ada lelaki yang mendekatinya dan mengakui berkawan dengan ramai orang, namun bukan bermakna dirinya 'pl@ygirl'.

Dalam pada itu, Farahdhiya mendedahkan dia menolak dengan cara baik permintaan seorang lelaki yang pernah mengajaknya untuk mendirikan rumah tangga kerana masih belum bersedia serta merasakan individu tidak sesuai dengannya.
Berhubung hal itu, Farahdhiya turut berkongsikan ciri-ciri lelaki idamannya, dimana dia haruslah seorang yang baik hati, bertanggungjawab. Tambah penyanyi ini lagi, rupa bukanlah menjadi keutamaan baginya.

"Saya nak seorang yang simple, yang tak payah berpura-pura,bertanggungjawab, penyayang. You don't have to be too good-looking sebab bagi saya rupa tu dah jadi nombor 10, yang penting baik hati, bukan p£nipu dan peng0tor," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: