16 December 2023

"ALHAMDULLILAH" - HAFIDZ ROSHDI AKHIRNYA SAH SUAMI ATHIRA YUHADA



Pelakon Hafidz Roshdi, 29, sebelum ini enggan memberikan sebarang komen mengenai dakwaan dia bakal menamatkan zaman duda dengan wanita pilihannya, Athira Yuhada, hari ini (16 Disember 2023).
Kata bapa kepada dua cahaya mata ini, sekiranya ada berita baik mengenai perkara itu, dia akan kongsikan kepada umum.

Terkini, teka-teki tersebut akhirnya terjawab apabila Hafidz mengumumkan berita gembira berkenaan menerusi laman Instagram sebentar tadi, dimana dia telah pun sah bergelar suami Athira.

Klik untuk gambar besar
Melihat pada hantaran terbaharu itu, Hafidz memuat naik gambarnya bersama isteri dan video majlis akad nikah yang berlangsung, selain turut meluahkan rasa syukur.

"Alhamdulillah," tulis Hafidz yang turut menyertakan tanda pagar 'HafidzAthira'.
Untuk makluman, Athira adalah wanita yang dilaporkan menjadi punca pergol@kan rumah tangga Hafidz bersama bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Hafidz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, sebelum bercerai pada 27 Julai lalu.

Hasil perkongsian hidup, Hafidz dan Nurul Shuhada dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: