16 December 2023
"JODOH INI RAHSIA ALLAH & SAYA SENTIASA BERDOA..." - SHERRY ALHADAD AKUI TIADA MASA NAK 'DATING'
"Buat masa ini masih tiada sesiapa yang mendekati, namun bukan kerana saya memilih. Saya seorang yang 'simple' dan sudah berusia.
"Sekarang bukan waktu sesuai untuk berkenalan macam dulu. Saya dah tiada masa nak 'dating' dan sudah lambat. Jika betul suka dan ingin berkenalan dengan saya, datang jumpa dan terus terang."
Demikian ujar pelakon dan pengacara Sherry Alhadad yang berkata keluarganya tidak pernah menekan dirinya untuk berkahwin, meskipun usia sudah mencecah 39 tahun.
Klik untuk gambar besar
Jelas Sherry, ibunya juga tidak pernah bertanya mengenai soal perkahwinan, apatah lagi dia yang sering membawa ibunya kemana sahaja memandangkan adik-beradik yang lain sudah berkahwin.
"Rasanya mak saya pun gembira sebab saya yang selalu bawa dia ke mana-mana sejak kakak dah berkeluarga. Mak akan hubungi saya dan saya juga okay saja untuk bawa ke lokasi yang ingin dituju," katanya.
Dalam pada itu, Sherry turut mengakui, dia sentiasa memikirkan juga soal jodoh serta berdoa agar dipertemukan lelaki yang baik.
Tambahnya lagi, dia juga mengimpikan kehidupan yang sama dengan orang lain yang mahu berkahwin dan mempunyai anak.
"Sebelum tidur saya selalu berdoa dan rakan-rakan juga mendoakan perkara yang sama buat saya. Tapi, mungkin belum sampai lagi ke arah itu untuk berjumpa orang yang dicari.
"Jodoh ini rahsia Allah dan saya sentiasa berdoa supaya dipertemukan dengan orang baik yang sudi mengambil saya sebagai suri hatinya," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment