16 December 2023
"DIA TERIMA SEGALA KEKURANGAN & TERIMA SAYA SEADANYA" - HAFIDZ ROSHDI AKUI ATHIRA YUHADA ADALAH CINTA PERTAMANYA
Pelakon Hafidz Roshdi yang kini suami kepada pilihan hatinya, Athira Yuhada itu mengakui wanita tersebut adalah cinta pertamanya.
"Dia 'first ' saya. Kami berkawan sejak usia 15 tahun dan pernah bercinta sebelum ini," kata Hafidz.
Jelas pelakon itu, dia sah bergelar suami kepada Athira kira-kira jam 8.15 malam semalam dengan sekali lafaz dan dinikahkan oleh jurunikah yang berwakil walikan bapa Yuhada.
Pada majlis pernikahan yang berlangsung di Shah Alam, Hafidz telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, selain memberi lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin perempuan.
"Alhamdulillah saya bersyukur apabila Allah beri peluang untuk saya menjadi suami sekali lagi. Insya-Allah saya akan jalankan tanggungjawab ini dengan baik.
"Moga pernikahan ini kekal hingga akhir hayat. Doakan yang terbaik untuk perkahwinan ini," ujar pelakon drama 'Melastik Ke Hatimu 2' itu.
Ditanya mengenai keistimewaan yang dimiliki Athira, Hafidz memberitahu, isterinya itu menerima segala kekurangan yang ada pada dirinya.
"Dia terima segala kekurangan dan terima saya seadanya," jelasnya yang enggan mengambil pusing mengenai segala komen n£gatif mengenai pernikahannya dengan wanita yang dilaporkan menjadi punca perg0lakan rumah tangganya bersama bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri.
"Saya tak nak ambil kisah. Biarlah apa mereka nak cakap," tutur Hafidz yang mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3, hasil perkahwinannya dengan Shuhada.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment