17 December 2023

BILA LALAT HINGGAP DI DAHI BCL DIDAKWA JELM@AN ARWAH SUAMI



Semua sedia maklum mengenai pernikahan kali kedua penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau mesra disapa BCL, selepas tiga tahu bergelar ibu tunggal.
Minggu lalu, BCL selamat bergelar isteri kepada Tiko Aryawardhana dan pernikahan mereka menjadi perhatian ramai.

Rata-rata netizen tumpang gembira melihat kebahagiaan BCL bersama suaminya. Namun, ada juga yang masih belum 'move on' dengan kehidupan BCL bersama Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair.

Klik untuk gambar besar
Baru-baru ini, tular foto yang dimuat naik oleh seorang rakan BCL iaitu Maia Estianty. Melihat pada foto itu, Maia bergambar bersama BCL dan suaminya.

Menerusi ruangan komen, timbul kata-kata daripada netizen sehingga ada yang mendakwa lalat itu mungkin jelm@an arwah suaminya yang memberi kucupan terakhir untuk isteri.

Sementara itu, Maia menerusi laporan Suara.com, berkata, dia hanya mempunyai dua gambar saja bersama BCL dan mengatakan itu hanyalah lalat yang masuk bergambar bersama.
"Ini sebenarnya salah saya bila upload gambar kami bersama. Sebenarnya saya cuma ada dua keping foto dengan BCL dan Tiko jadi saya upload sahaja.

"Saya tidak edit atau apa, jadi memang tidak perasan kalau ada lalat dirakamkan. Terus ada yang memberi komen berb@ur mist1k.

"Saya ini orangnya berfikir logik. Jangan macam-macam. Itu lalat. Hanya lalat yang mahu masuk dalam foto bersama," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: