13 December 2023

NURUL SHUHADA AKUI TAK TAHU GOSIP HAFIDZ ROSHDI BAKAL NIKAHI ATHIRA YUHADA



Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, 29, iaitu Nurul Shuhada akui tidak mengetahui mengenai gosip perkahwinan bekas suaminya itu bersama Athira Yuhada, sebaliknya katanya, dia mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut berhubung hal berkenaan.
Ujar Nurul Shuhada atau nama penuhnya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, sekiranya benar Hafidz dan Athira akan bernikah Sabtu ini seperti yang diwar-warkan, dia hanya mampu mendoakan kebahagiaan mereka.

"Saya tak tahu pasal itu dan saya pun tidak mahu ambil tahu, sebab saya sibuk dengan kehidupan saya. Apa-apa saya doakan yang terbaik buat mereka, saya sekarang hanya mahu meneruskan kehidupan saya bersama anak-anak saya dengan baik," tuturnya.

Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, hangat diperkatakan selepas kad undangan perkahwinan yang tertera nama Hafidz dan Athira tersebar, meskipun tidak sampai enam bulan bercerai.

Malah, majlis resepsi pasangan terbabit dikatakan bakal berlangsung pada sebelah malam di sebuah dewan acara di Selangor.

Tambah Nurul Shuhada yang merupakan ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu, dia juga enggan mengimbau lagi ke belakang dan terus berjalan ke hadapan, meninggalkan segala kenangan pahit yang pernah dilaluinya.
"Saya sangat gembira dengan kehidupan saya sekarang dan saya juga bekerja keras untuk membesarkan anak-anak saya. Alhamdulillah dengan apa yang saya milik sekarang. Saya pun hanya mahu berseronok dengan kehidupan saya sekarang," katanya.

Untuk makluman, Hafidz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, sebelun bercerai pada 27 Julai lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.

Dalam pada itu, Athira dilaporkan adalah wanita yang menjadi punca pergolakan rumah tangga Hafidz bersama Nurul Shuhada.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: