14 December 2023

TERIMA LAMARAN KERABAT RAJA - JESLINA HASHIM BAKAL BIRAS SARIMAH IBRAHIM



Nama Jeslina Hashim nampaknya sudah lama tidak dengar, namun sejak kebelakangan ini, perkongsian penyanyi popular era 90-an itu menjadi perhatian apabila memuat naik gambarnya yang agak s£ksi.
Terkini, nama Jeslina kembali hangat diperkatakan selepas timbul desas desus mendakwa hubungan cintanya dengan kerabat diraja Negeri Sembilan, Tunku Eddy Nasruan Adil sedang menunggu hari bahagia.

Untuk makluman, Tunku Eddy merupakan cucunda kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Ja'afar dan Tunku Ampuan Najihah.

Tunku Eddy juga merupakan adinda kepada Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffa iaitu suami pelakon dan pengacara YM Che Puan Sarimah Ibrahim.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Tunku Eddy menerusi laman Instagram miliknya, ada memuat naik gambar memaparkan Jeslina, dimana penyanyi ini menunjukkan cincin pertunangan di jari menandakan dia menerima lamaran daripada kekasihnya itu.

Sebelum ini, di Instagram Jeslina, penyanyi itu memaklumkan, dia terpaksa memadam komen-komen n£gatif dan bod0h daripada netizen di perkongsiannya.

"Komen n£gatif dan bod0h akan dipadamkan untuk mengelakkan dari menarik lebih ramai orang yang n£gatif dan bod0h," tulisnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: