03 January 2024
BILA SYADA AMZAH BERHASRAT MAHU PERGI DULU SEBELUM IBU
"Hasrat Adah, saya mahu pergi dulu sebelum ibu, sebab saya tak tahu apa yang akan berlaku pada saya jika ibu tiada di dunia. Saya tahu tak semua orang berkesempatan menjaga seorang ibu.
"Ibu adalah lubuk pahala dunia akhirat dan seperti kita tahu, doa ibu tiada hijabnya. Jadi doakan Adah tau ibu, semoga saya murah rezeki, supaya boleh sentiasa belanja makan dan pakai ibu,"
Itulah kata adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu penyanyi Syada Amzah, yang berhasrat mahu 'pergi' dahulu sebelum ibunya kerana dia tidak dapat gambarkan dirinya jika ibunya, Fauziah Sarman pergi meninggalkan dunia terlebih dahulu suatu hari nanti.
Syada berkongsi hasratnya itu menerusi hantaran di Instagram. Dalam pada itu, Syada turut menulis nukilan istimewa buat ibunya, sebelum berakhirnya tahun 2023 sehingga ia menjadi perhatian.
Melihat pada nukilan itu, Syada meluahkan rasa syukur mempunyai ibunya disisi serta diberi peluang untuk menjaga ibunya dan menyimpan impian untuk membuat ibunya bahagia.
"Meluangkan masa di hari terakhir pada tahun 2023 dengan insan tersayang. Saya bersyukur dikurniakan insan yang hebat, rendah diri dan baik hati di sekeliling saya.
"Ibu, syukur Alhamdulillah saya diberikan kesempatan untuk hidup. Allah beri peluang demi peluang pada saya untuk jaga ibu.
"Satu-satunya impian dalam hidup saya adalah untuk buat orang yang saya sayang rasa gembira dan bahagia. Ibu, anda adalah insan yang sentiasa berada di tangga pertama dalam hati saya," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment