02 January 2024

"SAYA MINTA PADA ALLAH AGAR DIBERIKAN HIDAYAH & PETUNJUK..." - AISYAH AZIZ



"Pada tahun lalu, saya minta pada Allah agar diberikan hidayah dan petunjuk agar diberi kekuatan untuk melepaskan sesuatu yang perlu.
"Apabila diminta kekuatan, Allah berikannya. Kemudian Dia menguji saya dengan dugaan pada 23 Januari tahun lalu untuk membimbing ke jalanNya.

"Saya perbaiki solat dan banyak diinspirasi daripada seorang sahabat. Ianya memberikan ketenangan jiwa.

"Selain itu, saya lebih memahami tentang erti bersederhana, menangis seorang diri dengan menyoal diri sendiri sama ada mampu untuk menjauhi perkara berkaitan duniawi."

Itulah kata penyanyi Aisyah Aziz menerusi perkongsian di Insta Story, dimana dia berkongsikan keindahan selepas dia mendalami agama Islam dan belajar untuk perbaiki solat sejak tahun lalu.

Baru-baru ini, penampilan adik kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang kini tampil berhijab itu mendapat reaksi positif daripada netizen yang tumpang gembira melihat penghijrahannya ini.

Dalam pada itu, Aisyah meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk memperbaiki diri serta diberikan hidayah.

Sementara itu, Aisyah turut memberitahu, hubungannya dengan ibu bapa semakin baik serta dipeluang untuk menunaikan ibadah Umrah pada tahun lalu.

"Hubungan saya dengan ibu dan ayah juga semakin baik malah dapat peluang menunaikan ibadah umrah pada tahun lalu. Terlalu banyak untuk dikongsikan namun belum masanya lagi. Mungkin ianya hanya antara saya dengan Allah," tulisnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: