02 January 2024

CUBA BUKA MATA, GERAKKAN BIBIR - HAMDAN SENARIO TUNJUK PEKEMBANGAN POSITIF



"Semalam jam 4.30 petang, saya melawat suami dan bisik di telinganya. Alhamdulillah ada tindak balas. Dia cuba buka mata dan gerakkan bibir.
"Doktor cakap dos ubat yang diberikan suami sudah berkurangan, jadi kalau hari ini keadaan suami terus positif mungkin doktor tidak tambah dos ubat. InshaAllah, saya yakin dia boleh sedar. Saya mohon doa rakyat Malaysia untuk Hamdan."

Demikian jelas isteri pelawak yang juga anggota kumpulan Senario, Hamdan iaitu Norhamalini Ahmed yang memaklumkan, suaminya kini menunjukkan perkembangan positif selepas beberapa hari ditidurkan.

Kata isteri Hamdan, ketika melawat suaminya itu di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) petang semalam, suaminya cuba mengerdip mata dan menggerakkan bibir.

Menerusi laporan di Harian Metro, keadaan Hamdan dilaporkan kritikal semalam selepas ditidurkan akibat mengalami komplikasi buah pinggang.

Difahamkan, Hamdan tiba di Johor pada Sabtu lalu bagi membuat persembahan bersama anggota Senario sempena ulang tahun ke-27 Senario, namun tidak dapat turut serta selepas mengalami demam dan terjatuh.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: