02 January 2024

ANAK DAH NAK MULA SEKOLAH - SHILA AMZAH SAYU HATI



"Ada budak nak mula sekolah dah. Macam sayu hati mama. Sebelum ni ajar dia dekat rumah je, dah pandai baca semua, Alhamdulillah. Semoga Seth jadi anak yang baik, anak soleh mama dan papa."
Itulah tulis penyanyi Shila Amzah menerusi perkongsian di Insta Story, dimana dia sebak apabila anaknya iaitu Seth Uwais bakal menjalani sesi persekolahan tidak lama lagi.

Dalam perkongsian itu, Shila yang turut mendoakan agar Seth menjadi anak soleh itu memuat naik video momen anak lelakinya itu sedang menikmati makanan.

Untuk makluman, Shila selamat mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan pempengaruh, Ubai MZ dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu.

Sebelum bersama Ubai, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018, namun bercerai pada Februari 2022. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata kini berusia empat tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: