03 January 2024
DAKWAAN TINGGALKAN INDUSTRI SENI - SHUIB TAMPIL NAFI, RANCANG KUKUHKAN EMPAYAR PERNIAGAAN
"Buat sementara waktu ini saya terpaksa memperlahankan aktiviti seni berikutan kekangan masa kerana terpaksa memberikan tumpuan penuh kepada urusan perniagaan.
"Dakwaan kononnya saya sudah meninggalkan dunia seni adalah tidak benar. Dalam industri ini saya masih aktif, cuma ada kerja yang boleh dibuat dan tidak boleh ini kerana mungkin disebabkan kekangan masa atau urusan lain.
"Saya akan buat (aktiviti seni) jika ada kelapangan serta sesuai dengan jadual harian, cuma sekarang masa saya agak padat apabila boleh katakan hampir setiap minggu perlu 'travel' ke seluruh negara atas urusan perniagaan."
Itulah jelas pelawak dan bekas penyampai radio, Shuib, 39, yang tampil dakwaan dia meninggalkan industri seni, selain memberitahu, tahun baharu 2024 menjadi tahun mencabar buatnya apabila merancang memperkukuhkan lagi empayar perniagaannya.
Dalam pada itu, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu berikutan kenaikan harga barangan, bapa kepada empat anak ini juga terpaksa 'memerah otak' untuk merencana serta menyusun jadual hariannya, termasuk membabitkan aktiviti seni yang agak lama ditinggalkan.
Meskipun pelbagai episod 'hitam' terpaksa ditempuh, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, tidak menjadi ia sebagai halangan untuk dirinya bergerak lebih maju ke depan.
"2023 adalah tahun yang sangat luar biasa, ada indah dan sedihnya, namun begitu, untuk 2024 adalah cabaran besar buat saya sendiri kerana fokus sepenuhnya untuk perniagaan. Banyak perkara yang dirancang antaranya adalah produk perniagaan terbaharu saya, House Of Patin @Melaka ini.
"Malah, saya juga dalam perancangan untuk melebarkan pasaran minuman Bubble Bee ke luar negara seperti Thailand, Singapura dan Brunei dan sudah pasti ia memberi cabaran besar buat diri saya. Saya sebenarnya suka kepada cabaran kerana yakin selepas itu pasti ada kejayaan.
"Apabila sesuatu jenama atau produk yang kita tonjolkan itu menjadi serta diterima ramai, ia akan memberi kepuasan kepada saya," kata bekas anggota kumpulan Sepahtu itu ketika ditemui selepas menghadiri perasmian restoran baharu miliknya, House Of Patin @Melaka di Kampung Hulu, Banda Hilir, semalam.
Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment