03 January 2024

AL-FATIHAH - IBU KHAI BAHAR DIJEMPUT ILAHI



Pada jam 10.40 malam semalam, penyanyi Khai Bahar, 30, telah kehilangan ibu tercintanya, Allahyarham Rosnah Muhammad, 62, yang meninggal dunia.
Berita sedih itu dikongsikan pengurus Khai iaitu Rizal atau Jai menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story.

"Salam semua, saya pengurus (Jai) yang mewakili pihak Khai Bahar ingin memaklumkan bahawa Mak Ros (ibu Khai Bahar) telah meninggal dunia sebentar tadi (malam semalam) di Perlis.

"Jenazah akan disolatkan di Masjid Tuanku, Kangar selepas solat Zuhur hari ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka. Semoga roh arwah dicucuri rahmat, Al-Fatihah," tulisnya.

Sebelum ini, Khai yang juga seorang pelakon itu memaklumkan, keadaan kesihatan ibunya merosot akibat penyakit buah pinggang, masalah jantung dan paru-paru.

Difahamkan, Allahyarham ibu Khai juga pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas sesak nafas, selain mula menjalani rawatan dialisis sejak awal tahun lalu.

Meninjau di Instagram Khai, penyanyi itu hanya mengemaskini Instagram Story dengan memuat naik hantaran video di dalam bot untuk perjalanan pulang ke Kangar.

Menerusi rakaman tersebut, Khai yang difahamkan berada di sebuah pulau sebelum itu dilihat gagal menahan sebak dengan mengesat air mata, selain meninggalkan kapsyen 'mak'.

Allahyarham ibu Khai yang baru meraikan sambutan hari lahir ke-62 pada 25 Disember tahun lalu, meninggalkan 10 anak.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: