03 January 2024

'HILANG' DARI RADAR INDUSTRI HIBURAN - RAMAI RINDU AZAR AZMI



Pelakon Azar Azmi baru-baru ini telah menjadi bualan ramai apabila dia sudah lama 'menghilang' secara tiba-tiba dari industri seni sejak tahun lalu.
'Kehilangan' Azar atau nama penuhnya, Siti Azar Ameerah Azmi, kini dirasai oleh para peminat serta selebriti lain yang pernah bekerjasama dengannya.

Hasil tinjauan, Azar sudah setahun lebih tidak memuat naik perkongsian terbaru di Instagram miliknya selepas kali terakhir memuat naiknya pada 6 Mei 2022. Manakala bidang lakonan pula, difahamkan kali terakhir Azar muncul membintangi drama di TV pada 2021 lalu.

Sementara itu, tular perkongsian di TikTok oleh seorang peminat yang rindu akan pelakon itu serta tertanya-tanya kemana Azar 'menghilang', selain mendoakan kesejahteraan buatnya walau di mana juga dia berada.

Diruangan komen, rata-rata netizen berharap Azar dalam keadaan baik-baik saja, selain berharap pelakon itu akan buat 'comeback'.

Ada yang menyifatkan 'kehilangan' Azar sebagai misteri dan kelibatnya dalam lakonan amat dirindui kerana berupaya melakonkan pelbagai watak sama ada baik dan jahat dengan berkesan.

Sementara itu, penerbit dan pengarah drama, Shahrulezad Mohameddin ketika dihubungi berkata, 'kehilangan' pelakon itu adalah satu kejutan kerana tidak diketahui apa punca sebenarnya.

Menurutnya lagi, sebagai individu yang melihat Azar seorang pelakon wanita berbakat besar, dia rasa amat merugikan sekiranya pelakon itu betul-betul 'angkat kaki' meninggalkan industri begitu saja.

"Dia (Azar) 'menghilang' secara tiba-tiba dan tak tahu kenapa? Hilang dari radar dan saya mulanya ingatkan mungkin dia tengah sibuk 'shooting' dengan produksi lain. Tapi, lepas setahun tengok dia tetap tidak ada dalam industri, memang menyepilah.

"Secara jujurnya, saya pun tak berapa rapat sangat dengan Azar dan dia pun baru sekali bekerja dengan saya ketika drama 'Nur 2' itu. Terus-terang cakap, bagi saya Azar adalah salah seorang pelakon yang berbakat besar.

"Rasa sayang pula kalau tiba-tiba dia memang 'menyepikan' diri. Apapun, kalau betul Azar ambil keputusan menyepi dari industri seni, saya rasa kita kenalah hormati keputusan dia. Doakan yang baik-baik saja untuk Azar," ujarnya.

Untuk info, Azar yang pernah mencipta sensasi untuk babak 'panas' ketika melakonkan watak antagonis, Juita dalam drama 'Nur 2' bersama Syafiq Kyle sebagai Ustaz Adam yang diterbitkan Radius One pada 2019 lalu.

Selain 'Nur 2', drama lain pernah dibintangi Azar selama aktif berlakon ialah 'Tiada Arah Jodoh Kita', 'Cinta Fatamorgana', 'Isteri Untuk Diiktiraf', 'Terbaik Dariku' dan 'Pujaan Hati Kanda'.

Mengenai kisah peribadi pula, Azar pernah bertunang dengan penerbit filem yang berstatus bapa tunggal, Hafiz Rozlan pada 1 Disember 2019, namun mereka bagaimanapun difahamkan putus tunang sejak 10 Februari 2020.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: