01 January 2024

ISTERI YUSOF HASLAM : "ALHAMDULILLAH... SYAFIQ, SHAMIN & FAIZAL MASIH BERSAMA KAMI HINGGA AKHIR HAYAT"



Isteri kepada penerbit dan pengarah Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail baru-baru ini telah memuat naik foto percutian keluarga bersama anak-anaknya.

Bagaimanapun, anak pasangan itu, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof tidak kelihatan dalam foto yang dikongsikan, sebaliknya hanya tiga anak-anak yang lain ada bersama.

Dalam pada itu, Datin Patimah turut meninggalkan komen pada salah satu foto yang urut menjadi perhatian apabila dia meluahkan tiga anaknya masih bersama mereka sehingga ke akhir hayat.

Klik untuk gambar besar

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat Datuk Yusof Haslam memeluk anaknya, pengarah Syafiq Yusof serta mengatakan pasti keluarga mereka lengkap jika Syamsul turut serta.

Sementara itu, Datin Patimah dilihat ada membalas komen daripada netizen dengan mengatakan biasanya Syamsul akan ikut keluarga bercuti bersama, namun tidak kali ini.

Pada Oktober lalu, Datuk Yusof Haslam memberitahu, kali terakhir dia berhubung dengan Syamsul adalah setahun lalu dimana bekas suami kepada pelakon Puteri Sarah Liyana ini datang ke rumah dan mereka turut berbual seketika.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: