09 January 2024

ISU 'TERKAND4S' DI PULAU & 'DISELAMATKAN' SHUIB GUNA HELIKOPTER - AJAK JELAS IA HANYA SESI LATIHAN APMM



"Selamat hari lahir sahabat, Ajak Shiro. Yang baik-baik untuk kau dunia dan akhirat. Ingat, aku pernah 'selamatkan' kau semasa kau 'terkandas' di pulau. Terus sukses dunia akhirat."
Itulah tulis pelawak Shuib Sepahtu yang berkongsi kisah dimana dia 'menyelamatkan' sahabatnya yang juga pelawak, Ajak Shiro yang pernah 'terkand@s' di sebuah pulau menggunakan helikopter.

Kejadian itu dikongsikan Shuib menerusi Instagram miliknya dengan memuat naik satu video yang memaparkan dirinya berada di dalam helikopter yang berlegar di atas pulau berbatu.

Dalam pada itu, Ajak menerusi ruangan komen telah mengucapkan terima kasih atas jasa sahabatnya itu.

"Terima kasih Eib (Shuib). Terima kasih 'selamatkan' aku. Semoga persahabatan kekal hingga tutup mata. Aku sayang kau Syeikh," kata Ajak pula.

Perkongsian Shuib itu turut di komen beberapa rakan artis dan selebriti lain antaranya, Sharifah Shahirah dan DJ Lin.

Sementara itu, Ajak tampil menjelaskan situasi sebenarnya dimana dia bukanlah terper@ngkap dekat pulau dan 'diselamatkan' Shuib menggunakan helikopter, tetapi ia adalah sesi latihan anjuran Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang turut disertai mereka tahun lalu.

Kata Ajak, dalam sesi latihan itu, Shuib ditugaskan menjadi 'penyelamat', manakala dia pula menjadi 'mangsa' yang terkandas di pulau.

"Ia sebenarnya latihan pemantauan di laut yang dianjurkan APMM tahun lalu sempena sambutan hari khas mereka.

"Saya dan Shuib dijemput untuk bersama-sama mereka, ditunjukkan peralatan yang mereka gunakan dan diajak turut serta untuk sesi latihan bagi menghebahkan mengenai agensi ini kepada masyarakat.

"Saya jadi mangsa yang 'terkand@s' di pulau dan Shuib 'menyelamatkan' saya dari helikopter, siap dipasang dengan peralatan keselamatan," ujar Ajak yang baru pulang ke tanah air selepas menunaikan umrah.

Tambah Ajak lagi, sesi latihan dan taklimat mengenai APMM itu membuka matanya mengenai kemampuan pasukan maritim Malaysia yang maju.

"Bila melalui sesi latihan itu, saya dapat lihat bahawa Malaysia ada satu pasukan cekap seperti ini dengan peralatan canggih. Tugas mereka penting untuk menyelamatkan nelayan atau pemancing yang terkand@s.

"Kita kena cakna mengenai keselamatan terutamanya di laut yang walaupun ia nampak tenang, namun ada bahayanya.

"Saya harap, selepas ini, lebih banyak peralatan canggih akan digunakan dalam sektor keselamatan dan kesihatan contohnya di Arab Saudi, mereka sudah gunakan helikopter sebagai ambulans jika kemal@ngan berlaku di lebuh raya," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: