09 January 2024

DAKWA HAMIL ANAK ANIQ SUHAIR, WANITA TERIMA RM60,000 UNTUK GUGVR KANDUNG4N?



Isu membabitkan pelakon Aniq Suhair yang didakwa telah hamilkan seorang wanita sehingga kini masih hangat diperkatakan.
Baru-baru ini, wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu mendakwa pelakon terbabit memintanya untuk menggugurkan kandungan serta berjanji untuk menjaganya.

Bagaimanapun, pelakon itu dikatakan menghilang diri dan wanita berkenaan mendakwa dia turut mengalami jangkitan di bahagian rahim dan perlu berulang alik ke hospital.

Klik untuk gambar besar
Sementara itu, menerusi beberapa perkongsian di TikTok, wanita tersebut turut berkongsi kronologi kes membabitkan dirinya dengan pelakon lelaki berkenaan.

Malah, bagi menampung kos untuk menggugurkan kandungan, wanita tersebut didakwa telah menerima sejumlah wang RM60,000 daripada pelakon terbabit.

Sumber mendakwa wang tersebut sebagai 'hadiah' supaya wanita berkenaan menutup mulut serta tidak menghebohkan kepada orang ramai.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: