09 January 2024

PENAT BEKERJA, NAK JADI SURI RUMAH SEPENUH MASA - ZARINA ANJOULIE DAH KAHWIN?



"Okay papa, saya dah buat keputusan. Saya nek@d tak bekerja lagi, saya nak jadi suri rumah sepenuh masa. Saya dah penat, saya mahu pencen, mal@s mahu kerja, biar awak yang t@nggung saya.
"Jadi kerja saya lepas ni hanya jaga dan masak untuk awak, saya mahu rileks daripada terus bekerja, kasi hati awak senang, abadikan diri saya untuk awak."

Demikian ujar pelakon Zarina Anjoulie menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram baru-baru ini, dimana ia memaparkan dia bersama kekasihnya, Datuk Khazrul Ezley.

Hantaran yang dikongsikan Zarina atau lebih mesra disapa Anju, telah menjadi perhatian ramai apabila dia akui sudah penat bekerja dan mahu menjadi suri rumah selepas dia dan kekasihnya berkahwin.

Turut menjadi perhatian kapsyen Anju menggelarkan Khazrul sebagai suami, sekaligus membuatkan netizen tertanya-tanya status pasangan tersebut.

Meskipun Anju tidak menjawab persoalan netizen, namun rata-rata mereka mendoakan kebahagiaan pasangan itu.

Terdahulu, hubungan Khazrul dan Anju dikatakan terlerai selepas dua minggu mengikat tali pertunangan.

Malah, Khazrul berkata, dia bukanlah lelaki yang terbaik buat Anju serta memilih untuk terus bersahabat baik.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: