07 January 2024
KHAI BAHAR AKUI OKAY, NAFI DIS£RANG ANXI£TY
Semua sedia maklum, penyanyi dan pelakon Khai Bahar baru sahaja kehilangan ibunya, Rosnah Muhammad pada Selasa lalu selepas disahkan meninggal dunia dalam tidur pada usia 62 tahun di Kangar, Perlis jam 10.40 malam.
Namun baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan Khai menutup telinga hingga timbul tanggapan dia diser@ng kebimb@ngan melamp@u pada hari sebelum ibunya dikebumikan.
Mengulas video tersebut, Khai menjelaskan, video yang dirakam itu adalah situasi ketika dia baru selesai menguruskan jenazah ibunya.
"Saya bukan mengalami kebimb@ngan melamp@u (anxi£ty), saya okey saja. Video itu selepas emak saya baru dimandikan dan dikafankan.
"Masa itu sedih sangat sebab kali terakhir dapat cium dan menatap wajah emak sebelum perjalanan akhirnya. Ketika itu saya cuba tenangkan diri. Saya tak boleh tengok sesiapa waktu itu," ujarnya.
Sementara itu, Khai yang hadir pada majlis UOFest di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, baru-baru ini berkata, kehadirannya pada persembahan malam itu atas dasar komitmen yang sudah dipersetujui lebih awal.
"Saya hadir malam ini pun sebab komitmen kerja selain sentiasa ingat pesan arwah mak yang minta saya memberikan sepenuh fokus terhadap kerja dalam apa jua situasi.
"Kalau ikutkan hati memang saya nak batalkan saja tetapi dua persembahan malam ini sudah dipersetujui lebih awal," tuturnya.
Sejurus persembahan di UKM berakhir, Khai kemudian bergegas ke Konsert Mega Zikir Terapi yang diadakan di Istana Budaya, di sini.
"Sebaik saja dua komitmen ini selesai, saya pulang semula ke Perlis untuk berada di samping keluarga," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment