06 January 2024

RAHSIAKAN PENYAKIT - PAK YA TAK SANGKA GURAUAN HAMDAN SENARIO JADI KENYATAAN



"Kalau saya ditidurkan, jantung saya akan berhenti," itulah kongsi anggota Senario, Ilya Buang atau Pak Ya yang menceritakan ungkapan terakhir rakan seangkatannya, Allahyarham Hamdan Ramli, 54.
Kata-kata arwah Hamdan itu disampaikan kepada isterinya, Norhamalini Ahmed, 53, sebelum ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, sejak Ahad lalu kerana jangkitan kuman selepas mengalami cirit-birit dan sesak nafas.

Pak Ya ketika ditemui menangis dan terkejut kerana Allahyarham Hamdan yang baru ditemui Sabtu lalu disahkan meninggal dunia tengahari, semalam.

"Walaupun nadanya pada waktu itu sekadar melawak dan sambil tersenyum, tapi tak sangka memang betul apa yang dikatakannya itu.

"Apabila arwah ditidurkan dia sudah tidak boleh bernafas secara normal dan doktor perlu memberikan alat bantuan oksigen kepadanya.

Klik untuk gambar besar
"Setahu saya arwah memang ada penyakit kencing manis dan sebelum ini pernah masuk wad kerana ada masalah jantung membengkak.

"Saya juga baru diberitahu rakannya yang arwah ada menghantar mesej memaklumkan dia ada menghidap penyakit tapi minta dirahsiakan daripada pengetahuan orang lain pada 6 Disember lalu.

"Kami anggota Senario memang tak tahu arwah menghidap penyakit apa sebab apabila dipanggil untuk membuat persembahan di Johor dia cakap okay saja.

"Tapi apabila ditahan wad isterinya beritahu dia mengadu sakit pinggang hingga menyukarkannya untuk duduk waktu itu," ujarnya.
Tambah Pak Ya lagi, Allahyarham yang dikenali sejak lebih 35 tahun lalu sebelum mereka sama-sama menyertai program Sinaran Pasport Kegemilangan pada 1995 bersama Wahid adalah rakan yang sangat peramah dan suka membuat lawak.

"Dia suka buat lawak dengan orang dan gemar menggembirakan orang di sekelilingnya. Kemudian dia juga suka menasihati. Tak kisahlah soal kesihatan atau hal-hal lain.

"Dia sahabat yang akan bertanya dan memberikan nasihat. Kali terakhir bertemu dengannya adalah pada Sabtu lalu kerana sepatutunya ada persembahan bersama.

"Sebelum itu, sudah lama tak bertemu memandangkan dia menetap di Ipoh bersama keluarganya, manakala saya di Sungai Buloh. Cuma kami selalu menghubungi melalui WhatsApp," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: