06 January 2024

"ROAD TO BERTIGA" - DOA & AZAM IZZUE ISLAM, ISTERI SETIAP TAHUN DIKURNIAKAN CAHAYA MATA



Semua sedia maklum mengenai penyanyi, pelakon dan pengacara Izzue Islam dan isterinya, Awin Nurin yang masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata sejak mendirikan rumah tangga pada 2013.
Baru-baru ini, Izzue telah memuat naik satu perkongsian di laman sosial dimana dia menulis kapsyen 'road to bertiga' seolah memberi bayangan bakal menimang cahaya mata, sehingga ia menarik perhatian.

Berhubung perkongsiannya itu, Izzue menjelaskan, kata-kata itu adalah azam untuk permulaan tahun 2024 bersama isterinya.

Klik unyuk gambar besar
"Belum lagi, itu adalah azam. Setiap kali masuk tahun baru itulah doa dan azam saya serta isteri. Setiap tahu azam yang sama sebab tahun lepas masih lagi berdua. Cuma harapkan tahun ini ada rezeki anak.

"Tapi kalau tak ada rezeki anak pun saya dan Awin bahagia saja," kata Izzue yang turut memberitahu, dia dan isterinya itu masih belum berputus asa untuk mendapatkan cahaya mata selepas sepuluh tahun mendirikan rumah tangga.
Tambahnya lagi, dia dan isterinya itu sudah pun mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan tiada masalah, namun mungkin belum ada rezeki lagi buat mereka.

"Kami ada buat pemeriksaan dengan doktor tapi dia pun kata kami tiada masalah mungkin belum rezeki.

"Boleh jadi juga sebab sibuk bekerja sampai tidur tak menentu. Kalau nak buat IVF memang kami kena bercuti dan berehat. Makan dan kesihatan memang kena jaga dengan baik," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: