06 January 2024

JENAZAH HAMDAN SENARIO SELAMAT DIKEBUMIKAN : "SAYANG BABAH, SYURGA TEMPAT BABAH"



Kira-kira jam 11.50 malam semalam, jenazah Hamdan Ramli atau lebih dikenali Hamdan Senario, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun, di sini, dimana ia dihadiri lebih 300 orang bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Antara yang hadir adalah anggota kumpulan Senario iaitu Wahid, Azlee, Mazlan dan juga Yassin, Saiful Apek, dan Ilya Buang atau Pak Ya.

Sebelum dikebumikan, jenazah Hamdan atau nama penuhnya, Ahmad Hamdan Mohamed Ramli, 54, disembahyangkan di Masjid Abu Ubaidah, dekat Taman Perpaduan, Tambun, di sini, berdekatan kampung halamannya

Van yang membawa jenazah Hamdan dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, Johor itu tiba di perkarangan masjid kira-kira jam 10.18 malam semalam.

Klik untuk gambar besar
Sekitar jam 10.45 malam semalam, Allahyarham disolatkan kira-kira 500 jemaah di imamkan oleh Ketua Imam Masjid Abu Ubaidah, Mohamad Saad.

Lebih 600 orang terdiri dari waris terdekat Allahyarham, sahabat handai, dan kenalan Allahyarham hadir memberi penghormatan terakhir kepada Hamdan di masjid.

Jenazah Hamdan kemudiannya dibawa ke tanah perkuburan bagi urusan pengkebumian dengan talqin ke atas mayat turut dibacakan oleh Mohamad.
Wahid Senario, atau nama sebenarnya Abdul Wahid Mohamad antara yang dilihat turun ke liang lahad bagi meletakkan jenazah Hamdan di liang berkenaan, selain anak sulung lelaki Hamdan, Muhamad Zeyreen Misha, 31.

Mazlan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet dilihat antara yang menyempurnakan urusan pengkebumian dengan turut menimbus tanah selepas jenazah diletakkan dalam liang.

Selepas itu, Lan Pet Pet dilihat berulang kali bertanyakan kepada hadirin di tanah perkuburan dimana soalan berbunyi "Arwah baik tak?" sebelum disusuli jawapan "baik" oleh kebanyakan hadirin di situ.
Suasana sebak dan pilu menyelubungi tanah perkuburan khususnya apabila salah seorang anak Allahyarham Hamdan seakan berbicara kepada Hamdan yang sudah selesai dikebumikan iaitu ketika menyiram serta menabur bunga di atas kubur Allahyarham.

Antara yang diungkapkan anak Allahyarham ketika itu adalah "sayang babah (ayah), syurga tempat babah."

Terdahulu, Hamdan disahkan meninggal dunia di HSA, Johor Bahru kira-kira jam 12.50 tengah hari semalam selepas ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU), HSA sejak Ahad lepas kerana jangkitan kuman setelah mengalami cirit birit dan sesak nafas.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: