06 January 2024
"ALHAMDULILLAH SEMPAT DAPAT BAHAGIAKAN MAK WALAU SEKEJAP..." - KHAI BAHAR
"Assalamualaikum, mak suka sangat bunga, bag, gelang, dulu masa susah mak teringin macam-macam, tapi duit tak ada, sekarang ada rezeki lebih Alhamdulillah sempat dapat bahagiakan mak walau sekejap, itu pon dia tak pernah minta benda mahal-mahal.
"Pernah beli gelang emas, bag mahal, dia tak pandai pakai, dia suka bag 10 ringgit sebab banyak colour and corak-corak, gelang pon dia suka yang 15 ringgit, pernah borong banyak-banyak bagi dia, happy sangat dia dapat, sayang mak dunia akhirat."
Itulah tulis penyanyi Khai Bahar menerusi perkongsian di Instagram, dimana dia meluahkan rasa syukur sempat memberi kebahagiaan buat ibu tercinta iaitu Rosnah Mohamad ketika hayatnya.
Klik untuk gambar besar
Selasa lalu, ibu Khai Bahar menghembuskan nafas terakhir disebabkan komplikasi pelbagai penyakit termasuk buah pinggang.
Menurut Khai lagi, ibunya seorang yang sederhana dan tidak pernah meminta-minta benda yang mahal sebaliknya lebih gemar memakai barangan murah.
Dalam pada itu, Khai memberitahu, dia tidak menyangka ibunya akan pergi meninggalkan mereka dan pergi dengan tenang tanpa sebarang tanda-tanda.
Bagaimanapun, kata Khai dia terkilan kerana tidak sempat menatap wajah ibunya buat kali terakhir dan bersyukur urusan perjalanan ke kampung berjalan dengan lancar.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment