06 January 2024

BCL LUAH RASA SYUKUR DAPAT TUNAI UMRAH BUAT ARWAH SUAMI, ASHRAF SINCLAIR



"Badal Umroh untuk Ashraf ❤ Insya Allah diterima Allah SWT.." demikian tulis penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya.
Baru-baru ini, Bunga atau BCL telah menunaikan ibadah Umrah bersama suami dan anaknya di Tanah Suci Mekah.

Dalam pada itu, BCL turut memaklumkan, dia bersama suami dan anak ke sana bukan saja melakukan ibadah untuk diri sendiri tetapi untuk Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair.

Klik untuk gambar besar
BCL pada masa sama meluahkan rasa syukur apabila selesai menjalankan ibadah Umrah buat arwah Ashaf.

Sebelum ini, perkongsian BCL ketika menunaikan ibadah Umrah menjadi perhatian lebih-lebih lagi penampilannya yang memakai 'ey£lash ext£nsion'.

Diruangan komen, rata-rata netizen mempersoalan pemakaian bulu mata tersebut yang diketahui menghalang air wuduk serta menyifatkan penyanyi itu tidak p£ka dengan hukvm ag@ma.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: